PPMU sahut saranan NC Demi kelestarian Alam
Oleh Fahtinoor Amera Binti Othman, Nurleyana Binti Salleh dan Amy Zuria binti Abdul Ajid
Sempena Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa yang disambut pada
26 Julai 2022, Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Johor Bahru telah menyahut saranan Naib Canselor UTM,
Professor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail
dengan menganjurkan aktiviti CSR, penanaman semula pokok paya bakau di
Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor pada Ahad, 14 Ogos 2022. Seramai
41 orang staf PPMU berganding bahu bersama bagi menjayakan aktiviti CSR ini.
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan staf PPMU dan
memelihara ekosistem hutan paya bakau termasuk kawasan persisiran pantai.