Latihan Pengendalian Instrumen Differential Scanning Calorimeter (DSC)



Makmal X-Ray PPMU dengan penuh sukacita telah menganjurkan Latihan Pengendalian Instrumen Differential Scanning Calorimeter (DSC) selama dua hari yang penuh dengan ilmu dan pengalaman berharga! Program ini dijalankan untuk memperkenalkan peserta kepada prinsip asas dan aplikasi instrumen DSC dalam kajian bahan. Selain sesi teori yang mendalam, latihan ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meneroka aplikasi praktikal instrumen ini, termasuk cara-cara persediaan sampel, pengendalian instrumen DSC, analisis data, serta penerokaan aplikasi dalam pelbagai bidang industri.

– Pengenalan asas instrumen DSC dan penerapan dalam kajian bahan
– Sesi teori dan praktikal yang mengasah kemahiran pengoperasian DSC dan interpretasi data
– Pengalaman melalui pengujian praktikal menggunakan instrumen DSC

– Penerokaan aplikasi DSC dalam pelbagai industri
– Pengujian dan analisis data untuk memahami profil haba dengan lebih mendalam
– Penyelesaian masalah umum dalam pengendalian instrumen DSC
Penceramah: Dr. Juan Bin Matmin, Pakar Bidang Makmal X-Ray & Pensyarah Fakulti Sains
Latihan ini bukan sahaja memberi ilmu baharu, tetapi juga membuka peluang untuk peserta memperkaya kemahiran teknikal dalam pengendalian instrumen canggih ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! 








