Program Taklimat Penilaian Kompetensi Approved Signatory telah berjaya diadakan pada 22 April 2024 di UIRL. Tujuan utama program ini adalah untuk menilai pemahaman mendalam terhadap keperluan MS ISO/IEC 17025:2017, khususnya dalam aspek teknikal dan sistem pengurusan makmal, yang akan memastikan bahawa Approved Signatory yang bakal dilantik oleh UIRL memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai standard tersebut.
Selain itu, program ini bertujuan untuk menilai kecekapan dan kemahiran calon Approved Signatory dalam mengesahkan keputusan ujian atau kalibrasi, dengan memberi tumpuan kepada penilaian teknikal dan analisis data yang tepat. Penilaian ini penting untuk memastikan bahawa setiap Approved Signatory yang dilantik mampu menjalankan tugas dengan penuh integriti, ketepatan, dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO/IEC 17025:2017.