Pada 8 Mei 2025, delegasi PPMU yang terdiri daripada staf pengurusan dan staf makmal akreditasi telah menyertai lawatan penanda aras ke Chemical, Molecular and Materials Analysis Centre (CMMAC), National University of Singapore (NUS). Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi dan kaedah analisis terkini melalui pendedahan kepada teknologi analisis bahan, molekul, dan kimia yang digunakan di CMMAC serta memahami aplikasi teknik analisis termaju dalam penyelidikan.
Lawatan ini juga membantu peserta mengenal pasti kemudahan serta kepakaran CMMAC dengan meneliti peralatan dan teknologi analisis yang tersedia di pusat tersebut. Delegasi PPMU mengambil peluang untuk mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan makmal dengan mengkaji strategi CMMAC dalam menjamin keberkesanan operasi makmal dan mutu perkhidmatan analisis. Secara keseluruhan, lawatan ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan delegasi PPMU dalam aspek pengurusan pusat analisis dan penyelidikan.