Hai ,
Seminar “Complete Elemental Analysis Workflow: From Sample Digestion to Results with Milestone and Elementar” anjuran Interscience Sdn. Bhd. telah diadakan pada 26 Ogos 2025 (Selasa) di Makmal Penyelidikan Universiti Industri (UIRL), PPMU UTM bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar, pensyarah UTM serta pihak industri mengenai teknik terkini analisis unsur dari proses pencernaan sampel hingga memperoleh keputusan yang tepat, serta meningkatkan kefahaman peserta terhadap aplikasi praktikal teknologi Milestone dan Elementar melalui perkongsian daripada Dr. Ralf Winkler dan Ms. Phene Neoh.
Diharapkan Seminar ini dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan ilmu dalam kalangan peserta .Tahniah dan Selamat Maju Jaya semua



