Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn. Siti Salmah binti Bahari atas segala jasa, sumbangan bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di PPMU.
Segala usaha, dedikasi dan semangat kerja yang tinggi bukan sahaja telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi, malah turut memberi inspirasi serta kenangan manis kepada seluruh warga PPMU. Kehadiran Puan amat dihargai dan pemergian ini pastinya dirasai oleh kami semua.
Selamat menjalankan tugas di FEST berkuat kuasa 1 April 2026. Semoga segala pengalaman yang ditimba menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang di tempat baharu.
Kami mendoakan agar Puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dan maju jaya dalam setiap langkah yang diambil.
Akhir kata
Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli delima,
Jasa dikenang tetap tersimpul kasih,
Budi Puan tetap di hati selamanya.
Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di dahan jati,
Walau berpisah tempat dan lokasi,
Kenangan bersama kekal abadi.
