Kepada semua pelanggan dan pelajar UTM,
Tuan/Puan,
NOTIS PENUTUPAN OPERASI KAUNTER PENERIMAAN SAMPEL UIRL SEMPENA KRISIS TENAGA GLOBAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa susulan langkah penjimatan tenaga berikutan krisis tenaga global, operasi kaunter penerimaan sampel UIRL akan ditutup pada setiap hari Selasa dan Khamis, berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, semua pelanggan dan pelajar adalah diminta untuk merancang penghantaran sampel di luar hari penutupan tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Segala kesulitan amatlah dikesali dan pihak kami amat menghargai kerjasama serta kefahaman daripada tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
