OBJEKTIFÂ
- Meningkatkan jaringan kerjasama antara UTM dan Industri/Agensi melalui platform baharu makmal satelit;
- Memperkasa fungsi dan visibility makmal berpotensi serta kepakaran staf UTM untuk dimanfaatkan sepenuhnya kepada universiti, industri/agensi dan masyarakat
- Memastikan kerjasama yang dijalankan memberi faedah kepada kedua-duabelah pihak dan mendorong peningkatan kualiti penyelidikan, perkhidmatan,
inovasi dan pengkomersilan.
![i88a3874](https://research.utm.my/wp-content/uploads/sites/12/2016/12/I88A3874.jpg)
Only the Best
KATEGORI MAKMAL SATELIT
Makmal satelit dikategorikan kepada DUA (2) iaitu:
1 .Makmal Inbound
Makmal Inbound ditakrifkan sebagai makmal atau ruang di UTM yang digunakan untuk melaksanakan *perkhidmatan profesional seperti yang telah dipersetujui melalui dokumen perjanjian antara UTM dan Industri/Agensi.
2 Makmal Outbound
Makmal Outbound ditakrifkan sebagai makmal atau ruang di industri/agensi yang digunakanuntuk melaksanakan perkhidmatan profesional seperti yang telah dipersetujui melalui dokumen perjanjian antara UTM dan industri/Agensi.