PROGRAM STI 1003 MOSTI | STEMtastic 100! Safety & Health Young Innovators

15 Januari 2025
.
.

Alhamdulillah, membuka tirai tahun 2026, Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) telah berjaya melaksanakan Slot 1 Program STI 1003 MOSTI yang telah dijenamakan semula sebagai STEMtastic 100! Safety & Health Young Innovators bertempat di SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru.

Program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini diketuai oleh saintis terpilih, Pn. Nursyazwani Binti Aznan, Pegawai Sains PPMU yang kini sedang bercuti belajar. Tahniah di atas lantikan ini 👏🏻👏🏻

PPMU berbesar hati dilantik sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan program ini yang merangkumi tiga (3) slot program pada tarikh yang berbeza.

🔹 Slot 1: Chemical Safety Awareness Talk & Chemical Spill Cleaning Demo

Slot pertama ini melibatkan sekitar 350 orang pelajar tingkatan 4 dan memberi fokus kepada kesedaran keselamatan bahan kimia melalui ceramah dan demonstrasi pembersihan tumpahan bahan kimia. Para pelajar telah didedahkan kepada:

▪️ Klasifikasi hazad bahan kimia
▪️ Perkongsian kes berkaitan seperti insiden Sungai Kim Kim, pendedahan merkuri di makmal dan kes keracunan bahan pencuci
▪️ Amalan do’s & don’ts dalam pengendalian bahan kimia
▪️ Latihan amali (drill) pembersihan tumpahan bahan kimia, di mana pelajar terlibat secara langsung dan berpeluang memakai PPE lengkap

Selain itu, pihak PPMU turut menjalankan audit keselamatan ke atas makmal sains di sekolah berkenaan sebagai langkah proaktif memastikan pematuhan aspek keselamatan dan kesihatan makmal selaras dengan amalan terbaik.

📌 Makluman Slot Seterusnya
➡️ Slot 2 akan diadakan pada 21 Januari 2026
➡️ Slot 3 akan diadakan pada 4 Februari 2026

Kejayaan pelaksanaan program ini turut melibatkan penglibatan aktif barisan staf PPMU yang bertindak sebagai fasilitator, penceramah dan tenaga sokongan sepanjang program berlangsung.

Program ini juga dijayakan dengan kerjasama penaja industri, PAC Testing & Consulting Sdn Bhd yang sentiasa menyokong usaha memperkasa pendidikan STEM serta budaya keselamatan dan kesihatan dalam kalangan pelajar.

Semoga program ini memberi impak berterusan dalam melahirkan generasi muda yang lebih peka terhadap keselamatan, kesihatan dan inovasi STEM 💡🔬

#STI1003MOSTI
#STEMtastic100
#SafetyAndHealthYoungInnovators
#PPMU
#MOSTI
#STEMEducation
#ChemicalSafety

Lagi gambar : https://www.facebook.com/share/p/18577eRM8n/

 

 

 

 

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day