SEMINAR | APPLICATION OF NMR SPECTROSCOPY IN STRUCTURAL IDENTIFICATION
Pada 22 Julai 2026, Seminar “Application of NMR Spectroscopy in Structural Identification” telah berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian ilmiah dan praktikal! 🔬✨
Program sehari ini telah berlangsung di dua lokasi utama:
📍 Sesi Teori
Bilik Seminar Aras 2, Blok C15, FEST, UTM Johor Bahru
📍 Sesi Praktikal
Makmal NMR, Blok C26, UTM Johor Bahru
Seminar ini dikendalikan oleh Dr. Siti Ernieyanti binti Hashim, selaku Pakar Bidang (Field Expert) bagi sesi teori, manakala sesi praktikal dibimbing oleh En. Muhammad Hasni dan En. Ashraf, Pegawai Analisa NMR.
🔬 Antara pengisian seminar:
▫️ Asas Spektroskopi NMR & Gambaran Keseluruhan Instrumentasi
▫️ Interpretasi Spektra NMR
▫️ Bimbingan Individu untuk Penghuraian Struktur
▫️ Pengenalan kepada Operasi Instrumen NMR
▫️ Hands-on Training: Penyediaan & Pengisian Sampel, Pemerolehan, Pemprosesan serta Tafsiran Data
🎯 Seminar ini bertujuan meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran pengguna dalam mengendalikan peralatan NMR dengan tepat, selamat dan berkesan.
Melalui program seperti ini, PPMU UTM terus komited dalam memperkukuh pembangunan kompetensi pengguna melalui latihan berterusan bagi menyokong kecemerlangan penyelidikan, analisis dan perkhidmatan makmal di Universiti Teknologi Malaysia.
👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang seminar.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam penyelidikan masing-masing. 💡🔬
Terus belajar. Terus berinovasi. Terus memperkasa penyelidikan! 🚀
#PPMUUTM #UTM #NMR #NMRSpectroscopy #NMRTraining #LaboratoryTraining #Research #ResearchExcellence #AnalyticalScience #UTMJohorBahru #MakmalUTM