Seluruh warga Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan sempena Majlis Konvokesyen UTM Kali Ke-70 yang berlangsung pada 14 hingga 19 November 2026.
Kejayaan yang dikecapi ini merupakan hasil daripada usaha gigih, pengorbanan, kesabaran dan sokongan insan-insan tersayang sepanjang perjalanan menuntut ilmu.
Semoga pencapaian ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan, membuka ruang kepada peluang yang lebih luas serta menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, membawa ilmu dan mencipta kecemerlangan di mana jua berada.
Tahniah, para graduan! Anda kebanggaan kami
TERUS MELAKAR KECEMERLANGAN!
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU)
Universiti Teknologi Malaysia
