DANA R.U
Pusat Pengurusan Makmal Universiti
Universiti Teknologi Malaysia
DANA NAIK TARAF MAKMAL/ AKREDITASI MAKMAL
Dana RU untuk naik taraf makmal dan akreditasi diperkenalkan dalam usaha universiti membantu makmal-makmal penyelidikan memperkasakan fungsi makmal agar dapat membantu dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan. ini bertujuan untuk menaik taraf makmal agar dapat mengembang dan mengukuhkan aktiviti penyelidikan dan perundingan dengan mengoptimumkan kemudahan makmal penyelidikan yang sediaada dalam membantu universiti mengekalkan status RU dan menjana pendapatan melalui aktiviti- aktiviti penyelidikan. Dua dana diperkenalkan iaitu Dana naik taraf Makmal dan Dana akreditasi makmal. Output daripada dana yang diperuntukan ini diharap dapat menyumbang kepada pencapaian KPI universiti penyelidikan.
DANA CAS ANALISIS MAKMAL
Dana Universiti Penyelidikan (RU) untuk Caj Analisis Makmal (DCAM) diperkenalkan dalam usaha universiti untuk membantu penyelidik yang telah mempunyai penyelidikan semasa tetapi tidak mempunyai sebarang geran atau sumber kewangan agar dapat meneruskan ujian/persampelan/analisis di makmal UIRL. Bagi memastikan kelestarian penyelidikan di UTM, DCAM juga dipertimbangkan untuk penyelidik yang mempunyai geran penyelidikan yang hampir tamat dengan baki yang tidak mencukupi. Melalui dana ini, penyelidik dapat menanfaatkan sumber yang ada untuk memastikan penyelidikan mereka mencapai obkjektif yang telah ditetapkan.
DANA FASILITI BERPRESTASI TINGGI
Dana RU Fasiliti Berprestasi Tinggi (HPF) diperkenalkan dalam usaha universiti memperkasakan fungsi makmal agar dapat membantu dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan . Ia bertujuan untuk menaik taraf fasiliti agar dapat mengembang dan mengukuhkan aktiviti penyelidikan dan perundingan dengan mengoptimumkan kemudahan makmal penyelidikan yang sedia ada dalam membantu universiti mengekalkan status RU dan menjana pendapatan melalui aktiviti- aktiviti penyelidikan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia Dana
Unit Kewangan
Pusat Pengurusan Makmal Universiti
Universiti Teknologi Malaysia
Tel: 0177523803 (Shamsul Azli)
Email: shamsulazli@utm.my