Fasiliti Perkongsian Pintar (Smart Sharing Facility) merupakan salah satu inisiatif yang telah dirancang di bawah S04 - Supportive Research Environment, Blueprint @ Envision 2025
OBJEKTIF
1. Mengintegrasi pengurusan sumber dan perkhidmatan makmal agar penggunaan dapat dioptimumkan dan memenuhi keperluan pelanggan & pemegang taruh dengan lebih efisien;
2. Meningkatkan penjanaan kewangan universiti dan meminimakan kos operasi penyelenggaraan dengan tanpa pembelian peralatan baharu;
3. Meningkatkan kompetensi staf makmal melalui sumber kepakaran dalaman sedia ada dalam pengendalian peralatan dan khidmat konsultansi teknikal.
Dr. Wan Hairul Anuar
Kamaruddin
PENYELARAS KONSORTIUM UTM
Pn. Nur Farhana Hasmuni
nurfarhana@utm.my
Pn. Shamimi Ismail
KONSORTIUM CHEMICAL & ANALYTICAL ANALYSIS
Urusetia Induk Konsortium
ChM. Ahmad Muslehuddin Sarun
Penyelaras Konsortium PTJ
- ChM. Norzubaidha Ismail [Fakulti Sains]
- Mrs. Wong Yah Jin [Laser Centre]
- Ir Ts Dr Wan Fahmin Faiz Wan Ali [Fakulti Kejuruteraan Mekanikal]
- Ts. Dr. Noor Azwani Zainol [Institute of Bioproduct Development]
- Dr. Sulaiman Ngadiran [Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga]
- Cik Siti Zulfarina Fadzli [CLEAR]
- Ts. Dr. Ng Be Cheer [AMTEC]
- Ts. Dr. Norliza Abdul Latif [ICA PAGOH]
- Dr. Fadzlin Md Sairan [PROSPECT]
- Ts. Dr. Vekes A/L Balasundram [MJIIT]
KONSORTIUM Microscopy & Imaging
Urusetia Induk Konsortium
Pn. Nor Syafawani Sarah Md Saad
Penyelaras Konsortium PTJ
- ChM. Norzubaidha Ismail [Fakulti Sains]
- En Mohamed A’tif Mohamed Roznan [Fakulti Kejuruteraan Mekanikal]
- Ts. Dr. Ng Be Cheer [AMTEC]
- Pn.Nur Fashya Musa [ICA PAGOH]
- Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad [Cs Nano]
- Ts. Dr. Vekes A/L Balasundram [MJIIT]
- En. Mohd Nazmi Ismail [Fakulti Kejuruteraan Elektrik]
Konsortium Material & Mineral Testing
Urusetia Induk Konsortium
Cik Diyana Sakinah Mohamed Soder
Penyelaras Konsortium PTJ
- ChM. Norzubaidha Ismail [Fakulti Sains]
- En Mohamed A’tif Mohamed Roznan [Fakulti Kejuruteraan Mekanikal]
- Dr. Sulaiman Ngadiran [Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga]
- Ts. Dr. Ng Be Cheer [AMTEC]
- Ts. Dr. Vekes A/L Balasundram [MJIIT]
- En. Mohd Nazmi Ismail [Fakulti Kejuruteraan Elektrik]
FAQ Konsortium Smart Sharing Facility
Q: Apakah itu Konsortium?
A: 1. Inisiatif mengintegrasikan sistem pengurusan dan pengoperasian makmal agar pengurusan kejat (lean management) dapat dilaksanakan demi mengoptimumkan sumber dalaman sedia ada, meminimakan pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga, menambahbaik proses kerja dan meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras dengan kehendak dan kepuasan pelanggan.
2. Mengikut bidang yang telah ditetapkan.
3. Penglibatan kerjasama atau gabungan lebih dari 3 PTJ untuk mencapai objektif bersama.
Q: Apakah hubungan diantara Konsortium dan Smart Sharing Facility?
A: Konsortium boleh membentuk Smart Sharing Facility sebagai salah satu inisiatif. Sebagai contoh, beberapa PTJ/makmal boleh membentuk konsortium untuk berkongsi makmal, peralatan, staf dan kepakaran melalui sistem Smart Sharing Facility. Secara ringkasnya, konsortium adalah tentang kerjasama organisasi, manakala Smart Sharing Facility adalah tentang cara pengurusan dan penggunaan kemudahan yang efisien.
Q: Apakah objektif utama Konsortium Smart Sharing Facility?
A: Objektif utama penubuhan Kons adalah mengintegrasi pengurusan sumber dan perkhidmatan makmal untuk penggunaan optimum, meningkatkan penjanaan kewangan universiti, dan meningkatkan kompetensi staf makmal.
Q: Bagaimana manfaat dari Konsortium Smart Sharing Facility akan digunakan?
A: Hasil penjanaan perkhidmatan analisis, khidmat konsultansi teknikal, dan pengendalian seminar/kursus akan digunakan untuk penyelenggaraan, alat ganti, bahan pakai habis, dan keperluan pematuhan keselamatan makmal.
Q: Siapakah yang terlibat dalam Task Force Konsortium Smart Sharing Facility?
A: Ahli Task Force melibatkan semua wakil Fakulti dan Entiti Penyelidikan untuk memastikan pengurusan, pelaksanaan, dan pemantauan kerjasama berjalan secara terancang dan sistematik.
Q: Apakah itu Smart Sharing Facility ?
A: 1. Inisiatif kepada konsep sinergi atau perkongsian menggunakan kemudahan peralatan, makmal dan staf secara efisien. Fokus utamanya adalah pada pengurusan dan penggunaan sumber secara optima dan penyelesaian kepada masalah atau isu yang dihadapi.
2. Tiada bidang yang ditetapkan
3. Penglibatan kurang dari 3 PTJ
Q: Apakah skop kerjasama dalam Konsortium Smart Sharing Facility ?
A: Skop kerjasama SFS merangkumi peralatan saintifik dan aksesori, khidmat kepakaran staf akademik dan teknikal, serta penganjuran kursus, bengkel, latihan, promosi dan konferens.
Q: Bagaimana status peralatan dalam Konsortium Smart Sharing Facility dinilai?
A: Status peralatan dinilai sebagai baik & aktif, baik & tidak/kurang aktif, rosak (aktif), dan rosak (tidak/kurang aktif).
Q: Bagaimana penjanaan dana dan pengurusan kewangan diuruskan dalam Konsortium Smart Sharing Facility ?
A: Penjanaan dana dan pengurusan kewangan diuruskan melalui penyelarasan kadar caj, pengagihan penjanaan, dan penubuhan Jawatankuasa Khas Tabung Amanah Chargeline Konsortium.
Q: Apakah jenis latihan yang ditawarkan dalam Konsortium Smart Sharing Facility?
A: Latihan yang ditawarkan termasuk OJT, mentor-mentee, kursus/seminar berbayar yang dianjurkan bersama supplier atau dalaman bersama pakar bidang.
UNTUK
MAKLUMAT LANJUT