Introduction
Chemical Management Unit (CMU) was established to coordinate all chemical management in campus, hence optimize and strengthen the collaboration among PTJ in UTM.
Leading by CMU Manager, CMU is a platform for chemicals management issue such as procurement, inventory, distribution, disposal, safety and accreditation, and also coordinate uniformity and partnership.  Thus, KAI that have been constructed is a University’s KAI that need to be implemented at all levels.
Due to that, to elevate UTM as a center of research excellence at international level, on January 2012 Chemical Management Center was established as an entity under University Research Industrial Laboratory (UIRL), Vice Chancellor (Research & Innovation) Office.
Unit Pengurusan Bahan Kimia (CMU) diwujudkan bagi menyelaraskan semua pengurusan bahan kimia dalam kampus supaya penggunaannya dapat dioptimumkan dan digunasama di antara PTJ di Universiti Teknologi Malaysia.
Unit Pengurusan Bahan Kimia (CMU) diterajui oleh Pengurus CMU merupakan landasan bagi pengurusan isu-isu berkaitan bahan kimia seperti perolehan, inventori, pengagihan, pelupusan, keselamatan dan akreditasi serta membuat penyelarasan keseragaman dan gunasama. Oleh itu, KAI yang dihasilkan merupakan KAI Universiti yang perlu dilaksanakan oleh semua peringkat.
Sehubungan itu, bagi memartabatkan lagi UTM sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan diperingkat antarabangsa maka pada Januari 2012 tertubuhnya Unit Pengurusan Bahan Kimia (CMU)Â sebagai satu entiti dibawah Pusat Pengurusan Makmal Universiti, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
Mission
Leading chemicals management and maintenance in UTM
Menjadi peneraju pengurusan dan penyelenggaraan bahan kimia di seluruh UTM.
Vision
To be an exemplary chemical management center which is well known internationally.
Menjadi pusat pengurusan bahan kimia yang terunggul dan dikenali di peringkat antarabangsa.
Objectives
- To plan, control and coordinate university chemicals procurement process, hence helps in reducing financial cost of the university.
- To manage chemicals disposal of University Industrial Research Laboratory (UIRL).
- To achieve recognition and certification for Chemical Management Center (CMC) UTM.
- To be the reference for chemicals management field in UTM.
- Merancang, mengawalselia dan menyelaraskan proses perolehan bahan kimia universiti, sekaligus membantu dalam penjimatan kewangan universiti.
- Menguruskan pelupusan bahan kimia di Makmal Penyelidikan Universiti dan Industri (UIRL).
- Mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan bagi Pusat Pengurusan Bahan Kimia (CMC) UTM.
- Menjadi sumber rujukan kepada semua pihak di UTM dalam bidang pengurusan bahan kimia.
General Rules
For any inquires and application, you can refer to us at Chemical Management Unit office, T03 University Industrial Research Lab (UIRL), UTM JB.
Operation hours :
Sunday – Wednesday : 9.00 am – 12.00 pm ; 2.30 pm – 4.00 pm
Thursday : 9.00 am- 12.00 pm ; 2.30 pm – 3.30 pm
CMU3(A)/2012 chemicals application form for teaching purposes must be filled in completely by Faculties Store Officer and must be verified by Faculty Laboratory Manager.
All forms must be submitted to Chemical Management Unit at least three month before semester begin.
Incomplete forms will be rejected.
Allocation for each student is depends on the current budget provided by the university management.
PERATURAN AM
Segala permohonan dan pertanyaan berkaitan perolehan boleh diajukan ke Pejabat Unit Pengurusan Bahan Kimia, T03 Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU), UTM JB.
Waktu operasi :
Ahad – Rabu : 9.00 pagi – 12 tengahari ; 2.30 petang – 4.00 petang
Khamis : 9.00 pagi – 12 tengahari ; 2.30 petang – 3.30 petang
Semua permohonan bahan kimia untuk pengajaran hendaklah melalui borang CMU3(A)/2012 diisi dengan lengkap oleh Pegawai Stor fakulti dan disahkan oleh Pengurus Makmal fakulti.
Borang permohonan perolehan perlu dihantar ke Unit Pengurusan Bahan Kimia sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum semester bermula.
Hanya borang permohonan yang lengkap yang akan diproses.
Peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar adalah mengikut bajet tahun semasa iaitu bajet yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti.
Policy Statement
POLICY STATEMENT
- CMU is committed to manage chemicals in an integrated and systematic manner for teaching and learning purposes which involves all parties concerned in UTM.
- CMU is committed to manage chemical disposal of University Industrial Research Lab (UIRL) in compliance with OSH standards.
- All staff which involved in chemical handling must be given special training regarding management and handling of chemicals.
GENERAL POLICY
- CMUis responsible in giving procurement, distribution and inventory services to all appointed staff in faculties and UIRL.
- CMU is responsible in managing chemicals disposal of UIRL in collaboration with OSH UTM.
- All chemicals purchases in faculty for teaching purposes must be verified by Faculty Laboratory Manager.
- CMU Manager is responsible in managing CMU central store while Laboratory Manager is responsible in managing chemicals in the faculty laboratories.
- Chemicals that been supply to faculty is strictly for teaching purposes in teaching laboratories only.
- Store Officer/Assistant Store Officer only can take the chemicals from CMU and are fully responsible to the chemicals given.
- Laboratory Manager, Officer and Assistant Store Officer are fully responsible for all safety aspects of chemicals in faculty.
- CMU will not be responsible for any chemical loss and accident occurred in faculty due to negligence of the user.
- All chemical users are compulsory to follow these rules :
- Read and fully understand the chemical’s SDS and have a copy of it.
- Obey the rules related to chemicals that have been set by the university.
- Obey the Occupational Safety, Environment and Health rules.
- Follow the rules given by the responsible laboratory staff. CMU will regularly conduct chemicals audit at the teaching laboratories.
PENYATAAN POLISI
CMU komited dalam menguruskan bahan kimia secara bersepadu dan sistematik untuk pengajaran dan pembelajaran kepada semua pihak yang berkepentingan di UTM.
CMU komited dalam menguruskan pelupusan sisa bahan kimia di Makmal Penyelidikan Universiti dan Industri dengan mematuhi piawaian OSHE.
Staf universiti yang mengendalikan bahan kimia perlu diberi latihan khas berkaitan pengurusan dan pengendalian bahan kimia.
POLISI AM
CMU bertanggungjawab memberikan perkhidmatan perolehan, pengagihan dan inventori kepada staf makmal fakulti yang dilantik dan staf UIRL yang bertanggungjawab.
CMU bertanggungjawab menguruskan pelupusan bahan kimia di UIRL dengan kerjasama pihak Unit OSHE UTM.
Semua pembelian bahan kimia di fakulti bagi tujuan pengajaran hendaklah disahkan oleh Pengurus Makmal fakulti masing-masing.
Pengurus CMU bertanggungjawab terhadap stor pusat CMU manakala Pengurus Makmal bertanggungjawab terhadap pengurusan bahan kimia di makmal-makmal fakulti.
Bahan kimia yang dibekalkan ke fakulti hanya digunakan untuk tujuan pengajaran di makmal-makmal pengajaran fakulti sahaja.
Hanya Pegawai Stor/Pembantu Pegawai Stor yang boleh mengambil bahan kimia dari CMU dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan bahan kimia tersebut.
Pengurus Makmal dan Pegawai serta Pembantu Pegawai Stor bertanggungjawab keatas semua aspek keselamatan bahan-bahan kimia di fakulti.
Pihak CMU tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan bahan kimia dan kemalangan di fakulti yang disebabkan oleh kecuaian pengguna.
Semua pengguna bahan kimia adalah wajib mematuhi peraturan/arahan berikut:-
Membaca dan memahami dengan jelas isi kandungan SDS bahan kimia dan menyimpan satu salinan SDS tersebut.
Mematuhi peraturan berkaitan bahan kimia yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Mematuhi peraturan Keselamatan, Persekitaran dan Kesihatan Pekerjaan.
Mengikut arahan dari staf makmal yang bertanggungjawab.
CMU akan menjalankan audit bahan kimia di makmal-makmal pengajaran secara berkala.