FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)

CHEMICAL MANAGEMENT

NO.SOALANJAWAPAN
1.Perlukah SDS disimpan dalam bentuk hardcopy sedangkan simpanan softcopy lebih mudah dicapai?Boleh menggunakan mana-mana yang dirasakan lebih sesuai dan praktik, tetapi mestilah mudah untuk didapatkan oleh pekerja dan boleh diakses, dimana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan berada.
2.Ada tak peraturan khas berkenaan jarak antara stor/rak untuk menyimpan bahan kimia dengan tempat melakukan kerja-kerja melibatkan bahan kimia?Buat masa ini, tiada peruntukan perundangan khusus berkenaan jarak antara stor kimia dengan kawasan kerja. Walaubagaimanapun, boleh rujuk Garis Panduan bagi Penyimpanan Bahan Kimia Berhazard: Panduan Keselamatan Gudang Pembungkusan Bahan Kimia Berhazard Yang Selamat, 2005. Panduan ini ada menyatakan secara umum, berkenaan stor bahan kimia.
3.Bahan kimia perlu ditaksir terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Ditaksir itu diperingkat pembekal atau diperingkat pengguna?Penaksiran risiko kepada kesihatan perlu dilaksanakan oleh majikan (pengguna)dengan melantik penaksir yang berdaftar dengan JKKP, hanya untuk bahan kimia berbahaya kepada kesihatan sahaja.
4.Bahan kimia perlu dibuat CHRA, baru boleh digunakan. Sekiranya penyelidik terpaksa menukar bahan kimia berulang kali dan bahan kimia tersebut tiada dalam CHRA, adakah CHRA perlu dibuat terlebih dahulu? - Walaupun telah dibuat sebulan yang lepas (contoh).Jika merujuk kepada peraturan 9, Peraturan USECHH, bahan kimia berbahaya kepada kesihatan perlu dilaksanakan CHRA dahulu sebelum digunakan oleh pekerja. Jika bahan kimia yang digunakan oleh penyelidik, bukan dikategorikan sebagai bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, aktiviti kerja boleh diteruskan seperti biasa.

Namun, pihak JKKP ada mengeluarkan Panduan Menjalankan Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan Secara Generik 2019.
5.Bolehkan majikan melantik pengapit CHRA internal (dalam universiti)?
Atau pun perlu melantik pengapit CHRA luar?
Boleh dilantik, asalkan memenuhi syarat berdaftar dengan JKKP dan masih sah tempoh pendaftaran.
6.Saringan kesihatan secara berkala perlu dilakukan kepada staf makmal yang mengendalikan bahan kimia oleh pihak Pusat Kesihatan UTM (PKU). Bagaimana pandangan Puan?Dalam peruntukan undang-undang, program pengawasan kesihatan kepada pekerja yang terdedah kepada kesan daripada pengendalian bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, adalah bergantung kepada laporan penaksiran yang dijalankan oleh penaksir. Walaubagaimanapun, tiada kesalahan jika poihak pengurusan UTM ingin melaksanakan program ini secara tahunan, atau memilih untuk melaksanakannya, berdasarkan laporan CHRA.
7.Kadang-kadang kami ada menggunakan waste daripada kilang untuk tujuan penyelidikan. Waste ini tiada SDS dan label dari pembekal. Bagaimana sampel2 ini harus dilabel dan disimpan?Pengecualian Peraturan Class untuk pelabelan dan SDS, Peraturan 2(2):

(a) Bahan kimia yang merupakan:
(ii) – buangan terjadual sebagaimana yang ditakrifkan dibawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)

(b) Bahan kimia yang digunakan bagi penyelidikan dan pembangunan saintifik, atau maksud percubaan dimana tidak dijual dipasaran, kapasiti kurang daripada 5 kg dan maklumat mencukupi mengenai penggunaan selamat oleh pihak pembekal (kilang)

Oleh itu, bahan kimia ini (waste) yang diterima daripada kilang, dikecualikan daripada pelabelan (merujuk kepada 6 elemen pelabelan dalam peraturan class) dan SDS.

Tetapi, untuk penggunaan selamat, bahan kimia ini perlu dilabel mengikut maklumat yang diperolehi daripada kilang, dan cara simpanan juga berdasarkan maklumat daripada pihak kilang.

SCHEDULED WASTE MANAGEMENT

NO.SOALANJAWAPAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.

GAS MANAGEMENT

NO.SOALANJAWAPAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index