DEFINISI
Mengintegrasikan sistem pengurusan dan pengoperasian makmal agar pengurusan kejat (lean management) dapat dilaksanakan demi mengoptimumkan sumber dalaman sedia ada, meminimakan pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga,menambahbaik proses kerja dan meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras dengan kehendak dan kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF
- Mengintegrasi pengurusan perkhidmatan makmal secara sinergi agar permintaan dan keperluan pelanggan dapat dipenuhi dengan efisien tanpa birokrasi;
- Meningkatkan penjanaan kewangan universiti melalui perkhidmatan analisis makmal dengan kos operasi yang minima dan tanpa pembelian
peralatan baharu; - Meningkatkan kompetensi staf makmal dan khidmat pakar bidang dikalangan akademik dalam memberikan khidmat rundingan bagi
perkhidmatan analisis yang diperlukan.
Dr. Wan Hairul Anuar
Kamaruddin
PENYELARAS KONSORTIUM UTM
Pn. Nur Farhana Hasmuni
nurfarhana@utm.my
Pn. Shamimi Ismail
KONSORTIUM CHEMICAL & ANALYTICAL ANALYSIS
Urusetia Induk Konsortium
ChM. Ahmad Muslehuddin Sarun
Penyelaras Konsortium PTJ
- ChM. Norzubaidha Ismail [Fakulti Sains]
- Mrs. Wong Yah Jin [Laser Centre]
- Ir Ts Dr Wan Fahmin Faiz Wan Ali [Fakulti Kejuruteraan Mekanikal]
- Ts. Dr. Noor Azwani Zainol [Institute of Bioproduct Development]
- Dr. Sulaiman Ngadiran [Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga]
- Cik Siti Zulfarina Fadzli [CLEAR]
- Ts. Dr. Ng Be Cheer [AMTEC]
- Ts. Dr. Norliza Abdul Latif [ICA PAGOH]
- Dr. Fadzlin Md Sairan [PROSPECT]
- Ts. Dr. Vekes A/L Balasundram [MJIIT]
KONSORTIUM Microscopy & Imaging
Urusetia Induk Konsortium
Pn. Nor Syafawani Sarah Md Saad
Penyelaras Konsortium PTJ
- ChM. Norzubaidha Ismail [Fakulti Sains]
- En Mohamed A’tif Mohamed Roznan [Fakulti Kejuruteraan Mekanikal]
- Ts. Dr. Ng Be Cheer [AMTEC]
- Pn.Nur Fashya Musa [ICA PAGOH]
- Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad [Cs Nano]
- Ts. Dr. Vekes A/L Balasundram [MJIIT]
- En. Mohd Nazmi Ismail [Fakulti Kejuruteraan Elektrik]
KONSORTIUM Material & Mineral
Urusetia Induk Konsortium
Cik Diyana Sakinah Mohamed Soder
Penyelaras Konsortium PTJ
- ChM. Norzubaidha Ismail [Fakulti Sains]
- En Mohamed A’tif Mohamed Roznan [Fakulti Kejuruteraan Mekanikal]
- Dr. Sulaiman Ngadiran [Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga]
- Ts. Dr. Ng Be Cheer [AMTEC]
- Ts. Dr. Vekes A/L Balasundram [MJIIT]
- En. Mohd Nazmi Ismail [Fakulti Kejuruteraan Elektrik]
MANFAAT DAN FAEDAH
SMART FACILITIES SHARING (SFS)
1. Segala hasil penjanaan perkhidmatan analisis melalui perkongsian pintar
akan diterima oleh setiap makmal mengikut kadar caj alat, kadar caj
khidmat rundingan dan analisis yang telah dilaksanakan;
2. Bantuan peruntukan penyelenggaraan oleh pihak PPMU melalui dana-dana
yang berkaitan;
3. Perkongsian perkhidmatan profesional tenaga pakar staf akademik dan
staf teknikal;
4. Perkongsian peralatan, aksesori dan perisian berkaitan;
5. Program pembangunan kompetensi staf teknikal;
6. Latihan, seminar dan kursus secara bersama.
FAQ Konsortium Smart Sharing Facility
Q: Apakah objektif utama Konsortium Smart Sharing Facility?
A: Objektif utama penubuhan Kons adalah mengintegrasi pengurusan sumber dan perkhidmatan makmal untuk penggunaan optimum, meningkatkan penjanaan kewangan universiti, dan meningkatkan kompetensi staf makmal.
Q: Bagaimana manfaat dari Konsortium akan digunakan?
A: Hasil penjanaan perkhidmatan analisis, khidmat konsultansi teknikal, dan pengendalian seminar/kursus akan digunakan untuk penyelenggaraan, alat ganti, bahan pakai habis, dan keperluan pematuhan keselamatan makmal.
Q: Siapakah yang terlibat dalam Task Force Konsortium Smart Sharing Facility?
A: Ahli Task Force melibatkan semua wakil Fakulti dan Entiti Penyelidikan untuk memastikan pengurusan, pelaksanaan, dan pemantauan kerjasama berjalan secara terancang dan sistematik.
Q: Apakah jenis latihan yang ditawarkan dalam SFS?
A: Latihan yang ditawarkan termasuk OJT, mentor-mentee, kursus/seminar berbayar yang dianjurkan bersama supplier atau dalaman bersama pakar bidang.
Q: Apakah skop kerjasama dalam Konsortium?
A: Skop kerjasama SFS merangkumi peralatan saintifik dan aksesori, khidmat kepakaran staf akademik dan teknikal, serta penganjuran kursus, seminar, latihan, promosi dan konferens.
Q: Bagaimana status peralatan dalam SFS dinilai?
A: Status peralatan dinilai sebagai baik & aktif, baik & tidak/kurang aktif, rosak (aktif), dan rosak (tidak/kurang aktif).
Q: Bagaimana penjanaan dana dan pengurusan kewangan diuruskan dalam Konsortium?
A: Penjanaan dana dan pengurusan kewangan diuruskan melalui penyelarasan kadar caj, pengagihan penjanaan, dan penubuhan Jawatankuasa Khas Tabung Amanah Chargeline Konsortium.
UNTUK
MAKLUMAT LANJUT