PENGENALAN
Pengurusan Makmal Berpusat dihasratkan oleh Prof Dato’ Ir Dr Zaini Ujang yang matlamatnya ialah untuk menjadikan makmal Universiti Teknologi Malaysia cemerlang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
Jawatankuasa Pengurusan Makmal Universiti (JKPMU) yang dipergerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merupakan landasan bagi membincangkan isu-isu berkaitan makmal seperti pembangunan, perundangan, akreditasi, modal insan serta membuat penyelarasan keseragaman dan gunasama.Oleh itu, KAI yang dihasilkan merupakan KAI Universiti yang perlu dilaksanakan oleh semua peringkat.
Bermula pada Mac 2009 tertubuhnya Unit Pengurusan Makmal sebagai satu entiti dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Pada Disember 2011, Unit Pengurusan Makmal Universiti telah dikenali sebagai Pengurusan Makmal Universiti setelah diluluskan sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi.
VISI
Menjadikan makmal UTM dikenali antarabangsa yang memberikan perkhidmatan penyelidikan dan pengajaran sains dan kejuruteraan bertaraf dunia
MISI
Menyediakan kemudahan makmal berkualiti untuk menganalisi, menguji secara sainstifik dan kejuruteraan, khidmat nasihat dan pengajaran kepada pelajar, penyelidik dan masyarakat dengan mengunakan peralatan terkini dan tenaga kerja yang kompiten dan komited
Fokus UPMU
- Menyelaras pengurusan makmal di semua fakulti dengan adanya pengurus-pengurus makmal yang dilantik disetiap fakulti
- Memantau aktiviti makmal di fakulti
- Merancang dan meningkatkan pembangunan makmal baru dan lama
- Merancang dan meningkatkan kompentensi staf makmal
- Merancang laluan kerjaya staf makmal
- Mengujudkan makmal startegik dan berpusat
- Perantara bagi universiti dan industri dalam bidang berkaitan makmal
- Mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan bagi makmal tertentu seperti ISO, 5S, akreditasi dan pentauliahan bagi kemahiran staf seperti boilerman, etc
- Menguruskan kewangan berkaitan makmal seperti Budget RU, RMK dan Budget Tahunan
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan makmal dari luar Negara
- Menjadi Pakar Rujuk dan Pusat Sumber kepada semua pihak (berkaitan makmal UTM dan kepakaran sedia ada)